Teksi sudah menunggu di luar rumah. Ketika hendak menutup pintu, tiba-tiba kucing jiran mereka meluru masuk.
"alamak! sayang, tunggu dalam teksi dulu, abang nak keluarkan kucing tu," suruh suami.
" okey. Abang pastikan ya kucing tu keluar," kata si isteri sambil melangkah menuju ke teksi.
sebaik sahaja duduk di dalam teksi, wanita tersebut berkata,"maaf buat pak cik tertunggu-tunggu pula."
"tak mengapa."
Si isteri bimbang si pemandu teksi tahu rumah mereka ditinggalkan dan tidak berpenghuni, maka dia membuat helah: "suami saya uruskan emak sekejap. Maklumlah orang tua."
pemandu teksi mengangguk.
Kemudian si suami bergegas keluar dan memasuki teksi.Teksi mula bergerak menuju ke lapangan terbang.
"macam mana bang?"
"semua dah beres, ada ke betina tu menyorok bawak katil. Abang pegang kaki dia, tarik keluar.Tapi, abang pula di cakarnya.Bedebah punya makhluk.Abang pegang dan lempar ia keluar ke laman belakangSelesai!"
Pemandu teksi yang mendengar kata-kata lelaki tersebut terkejut besar.
pengajaran:bercakap benarlah walaupun pahit. namun jika tidak mampu, maka berdiam itu lebih baik......(y)
bermula sebelum berakhir :)
BalasPadam